| Ada sepuluh pesan Rasulullah saaw yang mengajarkan kita praktis mengusir iblis dan bala tentaranya jika menyerang kita dengan rayuan-rayuan yang menyebabkan kita terjerumus kedalam jurang kehinaan tanpa kita sadari dengan memanfaatkan titik kelemahan kita . Mari kita memperhatikan pesan-pesan kenabian tersebut yang tertuang dalam bentuk dialog antara manusia dan setan ;
1. Jika ia datang kepadamu dan berkata : “Anakmu mati”. Katakan kepadanya: “Sesengguhnya mahluk hidup diciptakan untuk mati, dan penggalan dariku (putraku) akan masuk surga. Dan hal itu membuatku gembira”. 2.Jika ia datang kepadamu dan berkata : “Hartamu musnah”.Katakan kepadanya: “Segala puji bagi Allah Zat Yang Maha Memberi dan Mengambil, dan menggugurkan atasku kewajiban zakat”. 3. Jika ia datang kepadamu dan berkata : “Orang-orang menzalimimu sedangkan kamu tidak menzalimi seorang pun”.Maka, katakan kepadanya :”Siksaan akan menimpa orang-orang yang berbuat zalim dan tidak menimpa orang-orang yang berbuat kebajikan ( Mukhsinin)”. 4. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :”Betapa banyak kebaikanmu”, dengan tujuan menjerumuskan untuk bangga diri (Ujub). Maka ia katakan kepadanya :”Kejelekan-kejelekanku jauh lebih banyak dari pada kebaikanku”. 5. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :”Alangkah banyaknya shalatmu”. Maka katakan :”Kelalaianku lebih banyak dibanding shalatku”. 6. Dan jika ia datang dan berkata :”Betapa banyak kamu bersedekah kepada orang-orang”. Maka katakan kepadanya :”Apa yang saya terima dari Allah jauh lebih banyak dari yang saya sedekahkan”. 7. Dan jika ia berkata kepadamu :”Betapa banyak orang yang menzalimimu”. Maka katakan kepadanya :”Orang-orang yang kuzalimi lebih banyak”. 8. Dan jika ia berkata kepadamu :”Betapa banyak amalmu”. Maka katakan :”Betapa seringnya aku bermaksiat”. 9. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :”Minumlah minum-minuman keras!” Maka katakan :”Saya tidak akan mengerjakan maksiat”. 10. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :”Mengapa kamu tidak mencintai dunia ?” Maka katakan :”Aku tidak mencintainya dan telah banyak orang lain yang tertipu olehnya”. |
10 pesanan Rasulullah
Posted in bicara hari ini..., politik on 28/11/2009 by nayeelBila Katak kecewa..lalu…
Posted in bicara hari ini..., politik on 23/10/2009 by nayeelBila katak kecewa…lalu
Dia berkata…
Wahai manusia..mengapa kalian menyeksa kami, mengapa kami dijadikan mainan politik kotormu..
Apa salah kami..hingga dikeji dan dihina..
Apa dosa kami sering disamakan dengan Ibrahim Ali..
Kami lebih tampan, lebih sopan, lebih amanah dan jujur pada kaum kami..
Wahai manusia..kalian telah dianugerahi akal dan nafsu..
Usahlah kami terus diseksa.
Lihatlah sendiri apa terjadi pada kaummu oh manusia..
Bertelagah sana…bercakaran sini..
Fitnah dan takbur
Bermegah harta,pangkat dan kuasa…
Mengapa kami yang jadi mangsa…
Isteri solehah…untuk dikongsi bersama..
Posted in bicara hari ini..., my view on 15/10/2009 by nayeel| Ciri-ciri isteri solehah |
| Ciri-ciri isteri solehah - Mengakui dan menerima kenyataan bahawa suami ialah ketua di dalam kepimpinan keluarga sesebuah rumah tangga. Tiada siapapun boleh menyangkal bahawa suami telah diberikan kelebihan satu darjah daripada isteri. Satu kurniaan Allah yang meletakkan suami bertanggungjawab menjaga serta mengawal keselamatan dan kesejahteraan perjalanan hidup keluarganya di dunia dan di akhirat serta suami wajib memberi nafkah isteri dan anak-anaknya. Firman Allah: Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. (An-Nisa: 34). - Memberi keutamaan hak suami kerana bagi seorang isteri tidak ada hak yang lebih utama kepadanya selain hak suami. Aisyah r.a. pernah bertanya kepada Rasulullah mengenai hak siapakah yang lebih utama diberikan oleh seorang isteri. Rasulullah s.a.w. menjawab, suaminya. Apabila ditanya mengenai hak siapakah yang lebih utama diberikan oleh suami. Baginda menjawab, ibunya. (Hadis riwayat Hakim). - Bersifat amanah iaitu menjaga maruah diri sendiri sebagai isteri dan menjaga maruah suami terutama di dalam perkara-perkara rahsia peribadi dan rumah tangga. Isteri ialah orang yang paling hampir kepada suami yang tahu segala kekurangan dan kelemahan suaminya. Membuka rahsia suami atau menyebarkannya akan menjejaskan kewibawaan suami, sekali gus menggugat keharmonian rumah tangga kerana suami telah hilang kepercayaan terhadap isteri. - Bijaksana mentadbir harta benda suami tanpa membazirkannya. Jangan meminta sesuatu yang di luar kemampuannya kerana hal yang demikian akan menyebabkan tekanan dan ketegangan di dalam kehidupan suami. - Sentiasa bersedia untuk menggembirakan hati suami, sama ada dengan tingkah laku yang menawan, tutur kata yang menjadi penawar serta perhiasan diri zahir dan batin. Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada faedah yang paling baik diperoleh seorang mukmin (suami yang beriman) selepas bertaqwa kepada Allah azza wa jalla selain isteri yang solehah. Apabila suami menyuruhnya, ia mentaatinya. Jika suami memandangnya ia menggembirakan hati suaminya. Sekiranya suami bersumpah, ia memenuhi sumpah suaminya itu. Apabila ia keluar kerana bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruah suaminya serta menjaga harta benda suaminya dengan cara berjimat cermat membelanjakannya. (Riwayat Ibnu Majah). Isteri wajib mentaati perintah suaminya selagi ia tidak bertentangan dengan kehendak Islam. Tetapi sayangnya ramai di kalangan suami yang menyalahgunakan pengertian taat ini. Mereka mengambil kesempatan untuk membebankan isteri dengan pelbagai hal yang tidak wajar. - Berusaha menambah ilmu pengetahuan dan mempertingkatkan nilai-nilai akhlak yang murni supaya sejajar dengan petunjuk yang diarahkan oleh Islam mengenai sahsiah seorang isteri yang seharusnya dipilih oleh suami. Sabda Rasulullah s.a.w., Seorang wanita itu dinikahi kerana salah satu daripada sifat-sifat utamanya; kejelitaannya, hartanya, akhlaknya dan agamanya. Hendaklah kamu memilih wanita yang memiliki agama dan akhlak, kamu akan beruntung kelak. (Riwayat Ahmad). - Mempunyai sifat redha, yakin diri serta tawakal kepada Allah untuk menghadapi sebarang masalah dan cabaran hidup berkeluarga selaras dengan firman Allah, Bergaullah dengan isteri-isteri kamu menurut cara yang wajar dan baik. Sekiranya kamu berasa tidak senang disebabkan perangai mereka, bersabarlah mungkin dalam perkara yang kamu tidak suka itu Allah menjadikan kebaikan yang banyak. (An-Nisa: 19). Walaupun ayat ini ditujukan kepada suami, pengajaran yang terkandung amat perlu menjadi panduan kepada para isteri. Setiap orang hendaklah menyedari hakikat bahawa tiada seorang pun yang cukup sempurna dalam segala aspek. Oleh kerana itu kita perlu berusaha memperbetulkannya dan menyelesaikannya. Rasulullah memberi panduan, Janganlah seorang suami yang mukmin membenci isteri yang mukminah disebabkan tingkah lakunya. Jika ia tidak berkenan kepada satu daripada tingkah lakunya, tentu masih ada tingkah lakunya yang lain amat disenanginya. (Hadis sahih). - Membantu dan menolong suaminya agar menjadi anak yang sedia berbakti kepada kedua-dua ibu bapanya, lebih-lebih lagi ibunya yang telah lanjut usia, uzur dan miskin kerana tanggungjawab anak lelaki lebih berat dan lebih utama terhadap kedua-dua ibu bapanya. - Bersedia menjadi penyokong kuat kepada perjuangan suaminya iaitu perjuangan yang tidak menyimpang dari garis-garis yang dibenarkan oleh Islam. Sabda Rasulullah s.a.w., Allah memberi rahmat kepada seorang isteri yang jika ia bangun malam dan solat, ia membangunkan suaminya supaya sembahyang bersamanya. Tetapi sekiranya suaminya enggan, direnjiskan air ke muka suaminya dengan penuh kasih sayang. - Berusaha menjadi ibu yang baik, bertanggungjawab mendidik dan mengasuh anak-anaknya menjadi baik dan dapat melaksanakan hukum-hakam agama, berakhlak mulia sehingga menjadi teladan kepada orang ramai. Inilah sebahagian daripada sahsiah isteri yang seharusnya ada pada setiap wanita untuk mencapai kesempurnaan hidup berkeluarga dan mendapat keredhaan Allah yang diharapkan oleh setiap suami seperti doa Nabi Daud a.s.: “Ya Allah, aku mohon kepada-Mu dikurniakan seorang isteri yang solehah, yang dapat membantuku menyelesaikan urusan duniaku dan urusan akhiratku.” |
www,dakwah2u.blogspot.com
17 tahun berlalu….
Posted in bicara hari ini..., dunia ku... on 30/09/2009 by nayeel17 tahun berlalu, I’ve lost something, someone, somebody…tanpa disedari. 17 tahun jugak aku menyepi, lari dari realiti.Salah siapa, aku lari kerana mencari kebenaran dan keserasian dalam hidup bercinta. Demi cita dan airmata rindu keluarga yang jauh di mata. Untuk apa disesali, Allah telah menentukan rezekiku, hidupku dan matiku, hanya terpulang pada diri untuk menterjemahkannya dalam kehidupan.
17 tahun berlalu, aku hilang sesuatu yang amat kurindu, yang terlalu kunanti dan meminta saat kebahagian. Aku sepi dalam gembira. Syukur Alhamdulillah isteri tercinta dan anak2 mendamaikan jiwa, menenteramkan perasaan. Sungguh tak kusedari..17 tahun hilang begitu tanpa kurasai erti dan nikmat bercinta, dan kasih sayang seorang insan. Apa yang ku ada, yg ku nikmati adalah kasih suci seorang isteri, yang tabah menempuh dugaan hidup bersamaku. 6 tahun bersama cukup mendamaikan jiwa, mampu menghilangkan ingatan ku pada 15 tahun yang lampau. 2 tahun lagi hanya tuhan yang mengerti.
17 tahun, masa terus berputar, alam terus berirama, angin teru membayu…hidup mesti diteruskan. realiti mesti ditempuh dengan redha walau dalam pasrah sekalipun, takdir itu kehendak yang Maha Kuasa. tak terdaya untuk ditentang malah disanggah, hanya mampu tangat dinagkat memohon doa moga kebahagian terus dikecapi bersama isteri dan anak2 yang tercinta.
17 tahun, aku mencari diri, mengenal bayang2 dan langkah kaki sendiri..apakah benar tindakkan aku dulu? Apakah aku gerun, takut atau tidak berpijak pada bumi yang nyata. Mengapa aku begitu mudah mengalah? Mengapa aku tidak teruskan usaha memburu intan yang kuimpi……17 tahun..masak sudah diri ini dgn kerenah hati dan perasaan.
Indahnya masa itu, 17 tahun belajar erti susah dan derita, berbaloikah? Bagiku kemenangan itu adalah ketentuanNYA. aku hanya berusaha mendekati, memburu dan menikmati nikmat ciptaanNYA. Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyatan..hari ini adalah sejarah untuk esok…esok hanya DIA yang pasti kejadian sejarahnya.
Cukuplah 17 tahun menghilang, lari dari kenyataan itu, terima kasih kerana menyedarkan diri ini dari terus takut dengan bayang sendiri. Bukan ku sesali dan juga buka berlari..hanya kepastian dan keberanian yang ingin kupelajari. Cukuplah, 17 tahun ini memberi peluang besar untuk mengenal dan berdiri, betapa pentingya setia dan cinta, betapa tingginya nilai berterus terang dan berterima kasih dalam menghadapi realiti….
Salam Lebaran Eidul Fitri
Posted in bicara hari ini..., di perantauan..., dunia ku... on 24/09/2009 by nayeelAllahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar
Walillahilhamd..
Maha Besar Allah, Tuhan sekalian alam. Segala puji bagi Rasulluah, pemimpin agung ummah..
Salam Eidul Fitri Al Mubarak, buat keluarga tercinta, saudara mara, rakan2 dan seluruh umat Islam di merata dunia..
Maaf, lambat kemaskini. Moga Syawal yg mulia ini dpt meningkatkan lagi iltizam kita semua untuk berubah dari satu tahap yang lebih sempurna di sisi Allah.
Selamat Hari Raya Eidul Fitri, Maaf zahir dan Batin.
Iftar di Guildford…
Posted in bicara hari ini..., di perantauan..., dunia ku... with tags Guildford, Ramadhan on 08/09/2009 by nayeelAlhamdulillah, Ramadhan terus melebarkan tabirnya menyisir ke hari ke17. Tanpa disedari sudah bertahun kami sekeluarga iftar di Quite Centre dlm kawasan Uni of Surrey. Acaranya tidak pernah berubah, yang berbeda hanya insan yang menaburkan masa ikhlas menyediakan tpt sembahyang, juadah makanan dan solat tarrawih. Syukur..
Bila hati berirama…
Posted in bicara hari ini..., di perantauan..., dunia ku... on 06/09/2009 by nayeelBila hati berirama
Airmata mengalir tanda derita
Menanggung kecewa kerana cinta
Lalu..
Tangan diangkat memohon nasuha
Apakah ertinya…korban nyawa kerana bangsa
Bila diri diusung keranda
Bila maruah dipasung saudara
Bila martabat dipancung gembira
Apalah daya..bila hati berirama
Mengenang darah derita bangsa tercinta.
Tiba-tiba
Mutiara itu muncul
Dari selitan gelombang warna kehidupan
Memancar indah cahaya keberanian
Dalam sunyi dalam kerinduan
Dalam syahdu pertahan keadilan…
Bila hati berirama
Hanya satu detik bertanda
Pada yang Esa kuserah segalanya…
Bila hati berirama…
The last 8 years…
Posted in bicara hari ini..., di perantauan... on 03/09/2009 by nayeelI came to UK about 8 years back with only one purpose, STUDY. But this is fate, Allah has decided to allow me to survive in here to learn and work. Also to experience the culture, weather and to explore the world on how wonderfull and great His creation. Masya Allah, how great and how powerfull You are.
Now, is time for me, my wife and kids prepare to go back to the land where I was born. It is time for me to understand my own culture, to create and build the life with my family. Beside, world already knows about the unstability and political crisis back home, but this is my country. Whatever happens I still love her, my land.
8 years just flying away with the great experience and lovely, wonderfull life abroad far away from friends, families and all.. Insya Allah we will go back there someday, somehow…..Malaysia tungguuuuuu
Antara Lembu dan UMNO
Posted in bicara hari ini..., my view with tags Lembu, UMNO on 03/09/2009 by nayeelApakah ada perbezaan antara Lembu dan UMNO. Secara kasarnya mmg ada perbezaan, tapi disebalik itu kedua2nya tak boleh berfikir secara lurus. Lembu tu bolehkah kita katakan tak boleh berfikir sbb dia seekor binatang dan haiwan yang mengeluarkan susu dan mengorbankan dirinya untuk dikorbankan oleh manusia. Yang UMNO nie pulak manusia yang Allah dah kurniakan akal untuk berfikir sebagai manusia dan pemimpin tapi masih tidak boleh berfikir seperti makhluk yang sempurna.Jadi bolehlah dikatakan UMNO itu Lembu..sedia untuk dikorbankan riwayatnya demi menyelamatkan Malaysia tercinta..
Ramadhan terus berlalu..
Posted in bicara hari ini... on 02/09/2009 by nayeelAlhamdulillah, malam ini sudah pun menyusuri ke malam 13 Ramadhan. Bulan yang penuh dengan barakah dan dugaan untuk kita hambanya agar insaf dan sedar ttg kejadian alam dan isinya.
Alhamdulillah juga, Aleeya dpt menjalankan puasa penuh 6 hari dan selebihnya cuma kurang bberapa jam dari waktu berbuka.. Kami selalu tanya pada dia, Aleeya, why are you fasting? And she says because I am Muslim…insya allah akan ku didik mereka kejalan yg Allah tentukan iaitu jalan yang benar yang adil dan yang sempurna Insya Allah…Moga niatku ini dpt dijalankan dgn izin Allah untuk terus menyebut kalimah Allahuakbar…








